Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia, China Perluas Kerjasama...

PUTRAJAYA - Malaysia dan China mahu memperluaskan kerjasama dalam sektor pendidikan khususnya bidang...

Wanita Mati Kerana Saksi...

SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita meraung kesakitan selepas ditikam sebanyak tiga kali...

Padah Hina Yang Di-Pertua...

TINDAKAN lelaki menghina dan memburuk-burukkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melalui...

Kurikulum Sekolah Disemak Setiap...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah...

15 Maut Dalam ‘Serangan Pengganas’ Di Xinjiang

Beijing – Seramai 15 orang terbunuh dan 14 lagi parah dalam ‘serangan pengganas’ di wilayah Xinjiang, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Rangkaian berita CCTV semalam melaporkan, serangan di Shache Jumaat lalu itu turut melihat 11 ‘pengganas’ ditembak mati.

Agensi berita Xinhua melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata pisau membaling letupan dan menyerang orang ramai di sebuah jalan di kawasan perniagaan sibuk.

Polis yang kebetulan membuat rondaan di situ menembak mati 11 suspek turut merampas pelbagai senjata seperti pisau dan kapak, selain bahan letupan.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.


Shache – yang turut dikenali sebagai Yarkand dalam bahasa Uighur – pernah dilanda kekacauan pada hujung Ramadan lalu apabila puluhan suspek menyerang orang ramai dan kenderaan ditembak mati polis.

Kejadian terbaru ini menunjukkan keadaan di Xinjiang semakin tegang selepas Beijing mengambil tindakan lebih tegas sejak beberapa bulan lalu dengan menangkap ratusan orang yang dibicarakan di khalayak ramai selain pembunuhan orang yang dikatakan ‘pengganas.’

Serangan terbaru itu berlaku lima hari selepas pelajar ahli akademik Uighur terkenal Ilham Tohti didakwa di mahkamah dalam prosiding rahsia atas tuduhan terbabit dengan aktiviti pemisahan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori