Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Singapura, Malaysia Komited Kongsi...

PETALING JAYA : Singapura dan Malaysia komited berkongsi kepakaran dalam membangunkan pertanian moden...

Bekas Menteri Britain Terbabit...

Bekas menteri Britain, Brooks Newmark yang meletakkan jawatan berikutan skandal seks cyber bulan...

Pelakon Ola Bola Juga...

AHAD lepas, berlangsungnya satu uji bakat untuk pemilihan pelakon teater muzikal, Ola Bola...

Masuk Hospital Akibat ‘Berseronok’...

SEORANG penagih porno berdepan detik memalukan apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas batang ubi...

145 Remaja Terlibat Aktiviti Dadah Di Kelantan

MACHANG – Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan pada tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Hasanuddin berkata mereka merupakan sebahagian daripada 984 remaja yang ditahan polis selepas terbabit dengan pelbagai kes juvana.

“Ada sebahagian daripada remaja bawah umur itu yang berusia seawal sembilan tahun sudah mula mencuba menggunakan dadah dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Disiplin, Pertauliahan Pengawas dan Ketua Tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah di sini, hari ini.

Seramai 180 murid termasuk Exco dan Ketua Tingkatan dari sekolah berkenaan menerima surat tauliah masing-masing pada majlis berkenaan.

Hasanuddin berkata remaja bawah umur mencuba dadah selepas dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan alasan tidak ‘sado’ (hebat) jika tidak mencuba dadah.


Dalam pada itu, beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menyaman pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar.

“Kita akan laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu walaupun terdapat alasan pelajar berkenaan hanya menunggang motosikal ke sekolah sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori