Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kes Omicron Di UK...

LONDON : Kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di United Kingdom (UK) sudah mencecah...

UPSR : Lepas Sains,...

PUTRAJAYA - Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2)...

Isu Tanah Felda: Isa...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari...

Ratu Lubnan Dikecam Ambil...

HANYA kerana sekeping gambar selfie di pertandingan Miss Universe, Ratu Cantik Lubnan menjadi buah mulut...

14 Rumah Atas Air Di Sandakan Musnah Dalam Kebakaran

SANDAKAN – Sebanyak 14 rumah di perkampungan atas air di Bandar Nam Tung, Jalan Leila di Batu Sapi dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat mengawal api daripada merebak dapat menyelamatkan beberapa rumah lain daripada turut musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air itu yang turut menjadi premis menjual makanan laut kering dan basah.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata 34 anggota bomba dan penyelamat dengan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.40 pagi.

Kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat dan kebakaran berjaya dikawal sejam kemudian, katanya yang mengetuai operasi memadam api itu.


Katanya tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca kejadian serta anggaran kerugian sedang disiasat.

Perkampungan atas air itu yang dihuni masyarakat Cina turut dijadikan tempat kapal nelayan berlabuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori