Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mavcom Mulakan Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan Ketua...

Bahas RUU 355 Disambung...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sesi terakhir hari ini berakhir dengan suasana...

Warga AS Lahir Vietnam...

HANOI - Seorang warga Amerika Syarikat berasal dari Vietnam, antara 59 mangsa yang...

Naib Presiden Maldives Disyaki...

MALE - Naib Presiden Maldives, Ahmed Adeeb, ditahan hari ini, kerana disyaki terbabit...

14 Projek PPA1M Telah Diluluskan Di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Sebanyak 13 projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) membabitkan 6,400 unit rumah telah diluluskan untuk dibina di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata selain itu, satu lagi projek PPA1M di Bandar Baru Sendayan, iaitu projek ke-14, yang melibatkan sebanyak 360 unit rumah teres setingkat dan dua tingkat kini dalam proses mendapatkan kelulusan daripada Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Katanya, daripada keseluruhan 6,400 unit itu, PPA1M yang telah siap dibina di negeri ini adalah sebanyak 161 unit dan menyasarkan sekurang-kurangnya 4,000 unit rumah akan dapat disiapkan dalam masa dua tahun lagi.

“Kerajaan negeri dalam mesyuarat perancangan negeri telah meluluskan beberapa projek PPA1M, dan pemaju sedang dalam proses untuk membersihkan tapak dan membina dalam masa setahun dua ini, saya menjangkakan beribu unit rumah PPA1M akan dapat dibina dan disiapkan di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek PPA1M Taman Berlian, Rantau di sini, hari ini. Turut hadir Ali, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaluddin Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Mohamad berkata PPA1M di negeri ini setakat ini tertumpu di kawasan Seremban, Nilai, Port Dickson dan Jelebu.


Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya sistem cabutan undi bagi PPA1M yang sedang dan akan dibina di seluruh negara dibuat secara setempat berbanding sekarang yang hanya dilakukan di Putrajaya.

“Ini bagi mengelakkan keresahan dan rasa terpinggir oleh penjawat awam di peringkat negeri,”katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Mohamad menyerahkan kunci kepada 20 orang pemilik projek PPA1M, rumah teres setingkat berkembar di Taman Berlian yang mula pembinaannya pada 11 Mei 2015 dan siap sepenuhnya pada 1 Nov 2016. – BERNAMA

Kategori