Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Playboy Mula Kembali Siar...

CHICAGO - Majalah antarabangsa terkenal Playboy yang berpusat di sini mengumumkan untuk kembali menampilkan...

PRU14: Isa Samad Dalam...

SEREMBAN - Nama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad termasuk dalam senarai calon...

3 Maut, 4 Cedera...

GEORGE TOWN - Tiga lelaki maut, manakala empat yang lain parah ditembak di...

Deepavali: Hidupkan Warisan Masyarakat...

GAJAH BERANG: Sambutan Deepavali tahun ini disambut penuh bermakna oleh masyarakat Chetti di...

13 Gajah Liar Rosakkan Tanaman Di Baling

BALING – Beberapa penduduk di kampung Sri Ketengga, Mukim Siong di sini mendakwa melihat kehadiran 13 ekor gajah liar sejak minggu lalu yang dipercayai menjadi punca kepada kemusnahan tanaman penduduk.

Seorang petani, Mohd Rosni Md Ali, 49, berkata kumpulan gajah berkenaan, terdiri daripada 10 gajah dewasa dan tiga anak gajah dikatakan semakin bertindak liar dengan memusnahkan pelbagai tanaman miliknya.

Katanya antara yang dimusnahkan gajah-gajah berkenaan adalah seperti pokok kelapa sawit seluas 4 hektar, pokok pisang dan pokok getah dengan nilai kerugian mencecah RM10,000, katanya.

“Saya dan beberapa rakan yang lain ada masuk ke kawasan hutan dan mengintai pergerakan gajah-gajah tersebut di tepi sungai, kami dapati ada 13 ekor gajah yang kelihatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi seorang penduduk kampung, Awang Ahmad Abdullah, 55, kehadiran gajah liar tersebut amat membimbangkan malah beliau pernah melihat beberapa ekor gajah berkeliaran dalam jarak 100 meter dari rumahnya.

Justeru itu, beliau meminta pihak berwajib seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan segera bagi membendung masalah tersebut, misalnya melalui pemasangan pagar elektrik.


Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kedah, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi Bernama berkata hanya dua ekor gajah yang dipercayai berada di kawasan tersebut, bukannya 13 seperti didakwa.

Katanya pihaknya telah mengambil beberapa langkah seperti melakukan tembak halau serta menempatkan beberapa pegawai Perhilitan untuk meronda pada waktu malam.

“Masalahnya kawasan tersebut adalah kawasan hutan simpan yang telah diteroka secara haram, jadi pihak kami tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori