Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2 Ceramah Ustaz Wadi...

Kuala Lumpur : Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar memaklumkan dua ceramahnya di Selangor...

Gempur 7 Pusat Pelacuran...

Kuala Lumpur : Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan mulia ini digempur...

Selamat Selepas Hampir 20...

HULU TERENGGANU - Tiga pekerja sebuah syarikat swasta ditemui selamat selepas terkandas hampir...

Angin Kuat Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kuat dan laut bergelora di perairan pantai timur Semenanjung,...

13 Barang Kawalan Harga Sempena Tahun Baharu Cina

NILAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Feb ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa 12 hari mulai 10 hingga 21 Feb iaitu enam hari sebelum, satu hari semasa dan lima hari selepas sambutan itu diadakan selain pada hari perayaan.

Barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuklah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi.

“Peniaga diwajibkan menjual 13 barangan itu pada harga lebih rendah atau tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai barangan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata skim kawalan harga musim perayaan ini membabitkan 91 daerah di Semenanjung, Sarawak (32), Sabah (27) dan satu daerah di Labuan.

Hamzah berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Individu terbabit juga boleh dikenakan kompaun hingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda hingga RM500,000 atau kompaun hingga RM250,000, jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal, boleh didenda hingga RM10,000 atau kompaun hingga RM5,000 bagi individu. Manakala bagi syarikat, denda hingga RM20,000 atau kompaun hingga RM10,000,” katanya.


Beliau menegaskan KPDNKK akan melaksanakan pemantauan agresif bagi melindungi pengguna daripada kegiatan pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak beretika.

Pengguna dan peniaga boleh membuat semakan harga barangan pada laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my.

Terdahulu, Hamzah melawat Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di Bandar Enstek, diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Beliau berkata lawatan itu bertujuan untuk memahami prosedur yang dijalankan makmal di MyHAC berkaitan kandungan sesebuah produk.

“Ramai rakyat bertanya kenapa lama sangat masa diambil untuk sesuatu produk, dan inilah jawapannya iaitu kajian ke atas sesebuah produk memang mengambil masa. Contohnya bulu babi, ia mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk dapatkan butiran produk,” katanya. – BERNAMA

Kategori