Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemancing Dilapor Hilang Di...

JOHOR BAHRU - Seorang pemancing yang dilapor hilang ketika berenang untuk kembali ke...

Mimi Loma Bakal Jalani...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan...

SC Beri Amaran Mengenai...

KUALA LUMPUR - Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada...

Taylor Swift, Calvin Harris...

JIKA tadi Mynewshub berkongsikan cerita mengenai penyanyi sensasi Lady Gaga yang bakal berkahwin...

12,100 Orang Daftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ

YAN – Seramai 12,100 orang di Kedah mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ sejak kempen itu dilancarkan pada Oktober 2010.

Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Kedah Dr Norida Md Hanafiah berkata sejak Januari hingga September lepas, pihaknya juga mengumpul 971 orang pelbagai kaum yang bersedia menderma organ mereka selepas meninggal dunia.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pameran bergerak di beberapa tempat seperti di Taman Jubli, Sungai Petani awal bulan depan berkaitan pendermaan organ bagi membolehkan masyarakat lebih memahami program itu.

“Kempen seperti itu mampu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pendermaan organ yang akan membantu pesakit lain yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan mereka,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Derma Organ Peringkat Negeri 2014 di Hospital Yan di sini hari ini.


Sehingga September tahun ini, katanya seramai 18,418 pesakit di seluruh negara menunggu giliran untuk menerima organ baharu sedangkan jumlah penderma organ hanyalah 40 orang sahaja.

Norida berkata seramai tiga penderma tisu organ direkodkan pada tahun lepas dan bagi sembilan bulan pertama tahun ini, seramai tiga penderma organ dan lima penderma tisu organ direkodkan.

Beliau berharap orang ramai mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pendermaan organ sekaligus menambah pengikrar penderma organ pada masa depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori