Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bank Dunia Semak Turunkan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bank Dunia menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara...

Bapa Emma Maembong Dibidas...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui prinsip yang diamalkan oleh bapa Emma Maembong iaitu...

Jihan Muse Dikritik Netizen...

PELAWAK dan pengacara Jihan Muse dikritik segelintir netizen gara-gara sebuah video yang dimuat...

UniMAP Anjur Larian Utara...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meneruskan tradisi dengan menganjurkan Larian Utara 2014...

12 Warga Indonesia Ditahan Imigresen Kedah

ALOR SETAR – Seramai 12 warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Kedah dalam operasi di tiga lokasi berbeza awal pagi hari ini.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi bermula kira-kira pukul 1.50 pagi itu ditumpu di tiga lokasi rumah sewa iaitu di Jalan Langgar dan Kampung Hutan Pulai di sini, Jalan Jitra di Jitra dan Kampung Perik, Kuala Nerang.

Beliau berkata 12 warga asing yang ditahan berumur antara 19-52 tahun dan melakukan pelbagai pekerjaan.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki dan dua wanita ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63.


“Tujuh lelaki ditahan kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosial dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Yusri berkata mereka ditahan di lokap Imigresen, bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori