Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Sifatkan Pembangunan Sebagai...

KLUANG - Pengumuman beberapa projek pembangunan infrastruktur oleh kerajaan negeri di daerah ini...

Kes Culik ‘Datuk’ Dibicarakan...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 hingga 25 Mei...

Kebakaran Punca 300,000 Alami...

KUALA LUMPUR : Insiden kebakaran sistem jana kuasa yang memberi kesan kepada perkakasan...

Pemain Pokemon Go Terakam...

SANTO DOMINGO - Seorang remaja yang sedang asyik bermain Pokemon Go terpegun apabila...

12 Maahad Tahfiz Diperiksa Oleh Bomba

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini telah memeriksa sebanyak 12 daripada 47 maahad tahfiz dan selebihnya dijangka akan selesai diperiksa menjelang hujung tahun ini.

Pengarahnya, Azlimin Mat Noor berkata, daripada jumlah itu, hanya segelintir yang didapati tidak mematuhi sistem keselamatan kebakaran terutama dari segi laluan keluar ketika kecemasan dan alatan pemadam kebakaran yang perlu diservis dengan baik.

“Kita dapati, hanya segelintir (satu, dua buah) dari 47 maahad tahfiz yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di negeri ini tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Segelintir dari maahad tahfiz ini kita akan bagi nasihat dan keluarkan surat untuk buat pembaikan dari segi sistem keselamatan. Kita akui ia memerlukan kos tetapi ia perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan penghuni dan bangunan,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan dan pemeriksaan di Maahad Tahfiz Ar-Rahmah, Kampung Paloh, Sungai Kiat, di sini, hari ini.

Daripada pemeriksaan itu, katanya, maahad tahfiz berkenaan mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan dari segi sistem keselamatan.

“Maahad ini mempunyai bangunan tiga tingkat yang menempatkan asrama dan tempat belajar, ia mematuhi piawaian keselamatan, cuma ada beberapa perkara seperti susunan kerusi meja yang kita minta ubah supaya pelajar dapat keluar dengan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Sebanyak 16 pemadam api ada yang juga boleh digunakan dengan baik, ada juga yang telah digunakan dan kita harap pihak madrasah boleh servis balik untuk memastikan ia boleh digunakan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, setakat ini terdapat 470 ahli skuad bomba dalam kalangan pelajar maahad tahfiz dan mereka akan menyertai kursus berkaitan kebakaran.


“Kita akan pilih seramai 150 peserta bagi setiap sesi kursus supaya mereka lebih mudah mendalami ilmu sepanjang kursus itu,” katanya.

Dalam pada itu, Azlimin berkata, pengusaha madrasah boleh mengemukakan pelan madrasah kepada pihak bomba bagi membolehkan sistem keselamatan di pusat pengajian itu dapat ditingkatkan.

“Kita anggarkan di negeri ini terdapat hampir 200 maahad tahfiz termasuk 47 yang telah mendaftar.

“Jadi, pihak madrasah boleh mengemukakan pelan bangunan kepada kita untuk kita bantu dari segi meningkatkan sistem keselamatan seperti laluan masuk, sistem keselamatan kebakaran, alat pemadan api dan sistem-sistem lain,” katanya. – Sinar Harian

Kategori