Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Jamin Kekalkan Nama...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan nama Malaysia Airlines akan terus dikekalkan sekiranya...

Tiket Konsert Bruno Mars...

BERITA sedih buat peminat di Malaysia apabila tiket konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur...

Kerajaan Akan Tambah Baik...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan akan melakukan penambahbaikan terhadap sistem pendaftaran vaksin bagi memastikan...

Kerajaan Belum Terima Tawaran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya belum menerima tawaran secara rasmi daripada Maju...

12 Individu Didakwa Merusuh Di Hadapan Stadium Selayang

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu termasuk tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini atas pertuduhan merusuh selepas perlawanan bola sepak di antara pasukan Selangor dan Perak di hadapan Stadium Selayang dekat sini, Sabtu lepas.

Sebelas daripada tertuduh iaitu Syed Imran Syed Mohd Kamarudin, 23; Muhammad Khairy Mohd Kamarulzaman, 18; Adam Kamarudin, 19; Amrail Danial Alias, 20; Noor Amyfarredzuan Zainal Abidin, 32; Azwan Yaacob, 25; Mohamad Mirwanyuzair Yazri, 26 dan Muhammad Hazman Mohammad, 26, serta tiga remaja lelaki berusia antara 15 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Seorang lagi tertuduh, Muhammad Fadzil Fauzi, 21, mengaku bersalah tetapi Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menangguhkan hukuman sementara menunggu laporan sosial dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes dan laporan sosial.

Kesemua tertuduh didakwa sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan dalam melaksanakan matlamat bersama perhimpunan itu di Jalan 2/2 Bandar Baru Selayang (di hadapan Stadium Selayang), Selayang dekat sini pada 11.25 malam, 4 Mac lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad manakala peguam Jason Singh mewakili Syed Imran, Mohamad Mirwanyuzair dan Muhammad Hazman manakala peguam Azi Azlin mewakili Muhammad Fadzil.

Mahkamah membenarkan tiga remaja bawah umur itu diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan sembilan lagi tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin. – BERNAMA

Kategori