12 Bot Nelayan Asing, Tempatan Dimusnahkan

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kuala Kurau memusnahkan 12 bot nelayan tempatan dan asing yang ditahan tahun lalu.

Ketua Maritim Pengkalan Kuala Kurau Leftenan Komander Mohamad Zainal berkata semua bot bernilai RM500,00 itu dimusnahkan semalam setelah mendapat perintah pelucutan hak daripada mahkamah dan kelulusan oleh Perbendaharaan.

“Kesemua bot ini ditempatkan di pengkalan di sini sementara menanti keputusan mahkamah dan Perbendaharaan untuk tujuan pelucutan hak dan pelupusan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pelupusan bot-bot tersebut dibuat dengan memotong dan menghancurkannya menggunakan jentera, sekali gus menunjukkan ketegasan agensi dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan. – BERNAMA

Loading...