Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

12 Orang Hilang Di...

JOHOR BAHRU - Bot nelayan yang membawa 12 orang termasuk 10 kaki pancing...

Asean Tidak Harus Abaikan...

KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota Asean tidak harus mengabaikan tanggungjawab mengenai isu diplomasi...

Kerajaan Digesa Beri Penjelasan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberi penjelasan kepada rakyat mengenai jumlah keuntungan yang...

Bayi Derita Empat Penyakit...

KUALA KEDAH - Bayi Ini Derita Empat Penyakit Kronik Sekaligus, Meskipun kelihatan sihat...

118 Pati Di Tawau Dihantar Pulang Ke Negara Asal

TAWAU – Sebanyak 118 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dihantar pulang ke negara asal mereka kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Tawau, Asparinah Mohd Zain berkata kesemua PATI masing-masing 86 lelaki dewasa, 31 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki itu dihantar pulang menerusi feri yang bertolak dari Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen, di sini.

“Tindakan menghantar pulang PATI ini adalah kali ke-20 dilakukan sejak Januari tahun ini dan penghantaran terakhir sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Asparinah berkata mereka adalah PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan jabatan imigresen selain serahan daripada pihak polis dan mereka yang tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan.


Kesalahan dilakukan PATI terbabit adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15 (1)(c) iaitu tinggal melebihi had ditetapkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori