Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Periksa Tarikh Luput Produk...

KUALA LUMPUR - Sebelum mengoles gincu atau menyapu pemerah pipi kegemaran anda, berapa...

20,000 Kunjungi Rumah Terbuka...

KOTA KINABALU - Kira-kira 20,000 orang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet...

Awal Ashaari Sering Guna...

PELAKON dan pengacara popular, Awal Ashaari mendedahkan dia kini dalam proses mendapatkan seorang...

PAN Mahu Pengarah Imigresen...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pengarah Imigresen Perak yang...

110 Petani Kelantan Terima Peralatan Azam Tani FAMA

BACHOK – Sebanyak 110 petani termasuk di kawasan terjejas banjir di Kelantan menerima peralatan pertanian di bawah program Azam Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bernilai lebih RM821,000, bulan lepas.

Pengarah FAMA Kelantan Wan Abdullah Wan Chik berkata mereka yang menerima peralatan seperti jentera pembajak sawah dan pertukangan secara percuma itu adalah bagi melipatgandakan pendapatan keluarga golongan berkenaan, sekali gus keluar daripada paras kemiskinan tegar.

“Petani yang menerima bantuan itu termasuk dari jajahan Pasir Mas, Machang, Tumpat dan Bachok,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan peralatan Azam Tani bagi Parlimen Bachok, yang dirasmikan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan Ilias menyampaikan peralatan dua jentera pembajak “kerbau besi” dan pertukangan kepada 16 peserta bernilai RM160,000 di kawasan Parlimen Bachok.

Program Azam Tani merupakan satu daripada empat komponen di bawah Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan mengubah nasib mereka.

Wan Abdullah berkata setiap peserta akan dipantau dan diberi bimbingan sehingga mereka mampu mencapai tahap sebagai pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau sekurang-kurangnya mampu berdikari.


Selain itu, beliau berkata pihaknya juga bercadang meningkatkan usaha mewujudkan lebih banyak ladang kontrak FAMA terutama di Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat.

Katanya pegawai FAMA di setiap jajahan berkenaan telah diarah mencari kawasan sesuai terutama bagi tanaman pisang, jambu batu, tembikai dan tembikai wangi yang mudah mendapat pasaran dengan harga berpatutan.

Beliau berkata sebelum ini, pihaknya berjaya mewujudkan ladang kontrak di Kampung Banggol Teliar, Pasir Mas dan Gelung Gajah di Machang dengan tanaman tembikai.

Sementara itu, Ilias berkata sepanjang tahun lepas FAMA membelanjakan lebih RM1.5 juta bagi membantu 150 petani di bawah Parlimen Bachok, menerusi pemberian pelbagai peralatan pertanian dan ternakan.

“Lima daripada mereka, kini sudah berjaya menceburi bidang IKS,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori