Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Projek Pemangkin Ekonomi Tingkat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan projek pemangkin ekonomi demi meningkatkan taraf hidup rakyat,...

Lelaki Maut Terkena Renjatan...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di kawasan setinggan...

Izara Aishah, Adib Khalid...

PASANGAN hot Izara Aishah dan Adib Khalid mengikat tali pertunangan pada petang Jumaat selepas...

Tak Sengaja Wanita Tembak...

BERGURAU tidak bertempat, seorang wanita, Cassandra Damper ditahan oleh pihak polis kerana menembak...

108 Pekerja Asing Tapak Pembinaan Solar Ditahan

KUANTAN – Seramai 108 daripada 114 pekerja buruh asing yang diperiksa di sebuah tapak pembinaan solar di Gambang di sini ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan 10 agensi penguatkuasaan hari ini.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pahang Saini Saidi berkata daripada jumlah itu, 65 daripada mereka didapati tidak mempunyai Kad Personel Binaan (kad hijau) termasuk memiliki kad hijau palsu (tiga) dan kad hijau tamat tempoh (lapan).

Beliau berkata seramai 106 pekerja yang majoritinya dari Bangladesh pula didapati menyalahguna pas lawatan kerja dan masing-masing satu menggunakan permit palsu serta tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun. Kebanyakkan mereka mempunyai kebenaran bekerja dalam sektor bukan pembinaan. Mereka dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saini menambah pemeriksaan juga mendapati seorang kontraktor dari negara luar tidak berdaftar selain terdapat bahan binaan yang digunakan tidak mematuhi perakuan pematuhan standard.

Katanya, CIDB telah mengeluarkan notis kepada pihak terbabit untuk menghentikan pengunaan bahan terbabit.


Saini berkata antara agensi yang terlibat pada operasi itu antaranya Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Jabatan Pendaftaran Negara, Pengurusan Air Pahang Berhad dan Akademi Binaan Malaysia.

Beliau menambah pemeriksaan oleh JKKP juga mendapati terdapat dua lokasi pembiakan serangga di tapak projek berkenaan yang boleh dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. – BERNAMA

Kategori