Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penerbit AAC2 Puji Gaya...

KINI, semakin ramai selebriti Malaysia menempa nama di negara jiran bagi mengembangkan lagi...

Kereta Myvi Dirakam Pandu...

LAGI kejadian kereta dipandu melawan arus dan kali ini berlaku di Lebuhraya Utara...

Video: Pengguna E-Skuter Nyaris...

KUS semangat... Seorang pengguna e-skuter di Singapura nyaris dilanggar sebuah van sebelum sempat...

Aksem Perlis Rampas 200kg...

KUALA PERLIS - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis merampas sembilan guni daun ketum...

105 Lokasi Titik Panas Terlibat Kebakaran

PEKAN – Sebanyak 105 lokasi titik panas di Pekan, Kuantan dan Rompin terlibat dalam kejadian kebakaran sehingga Julai lalu, kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 67 adalah kebakaran di kawasan tanah gambut yang memerlukan usaha memadam dan mengatasinya dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

SOP berkaitan kebakaran yang boleh mengakibatkan jerebu telah diwujudkan pada tahun 2009, dan perlu dipatuhi semua agensi terlibat seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran), pihak bomba dan Jabatan Perhutanan, katanya.

“Kita mahu pastikan SOP ini terus dipatuhi memandangkan Pahang mempunyai kawasan tanah gambut yang luas,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel SOP Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Mahamud Ismail.

Rosli menambah antara kaedah pengurusan air mampan di kawasan tanah gambut adalah membina infrastruktur seperti membina hadangan air, telaga tiub dan kolam takungan bagi melembabkan kawasan terbabit.

Katanya, setakat ini di Pahang, terdapat 70 hadangan air, 13 telaga tiub dan lima kolam takungan dengan 13 lagi hadangan air dan satu telaga tiub dalam proses pembinaan membabitkan peruntukan RM460,000 yang dijangka siap tahun ini.


Selain itu, pemantauan di kawasan tanah gambut dan pembinaan menara tinjau juga banyak membantu dalam mengenalpasti kawasan yang berisiko berlaku kebakaran.

“JAS Pahang juga mengadakan perbincangan dengan pihak ladang untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dalam kawasan ladang mereka.

“Kita juga akan mengadakan taklimat berkaitan pembakaran terbuka bersama pekebun atau pengusaha ladang bagi memastikan semua maklumat ini sampai kepada pihak yang disasarkan,” katanya.

Rosli juga berharap orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka, khususnya di kawasan kering dan tanah gambut bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan di negeri ini. – BERNAMA

Kategori