Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Cedera Parah Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan satu...

Dera Anak Saudara: Suami...

AMPANG - Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan...

PDRM Umum Pertukaran, Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat...

Brunei Kempen Murid Minum...

BANDAR SERI BEGAWAN  - Ketika negara jirannya, Malaysia kecoh dengan isu produk Milo...

100,000 Rakyat Malaysia Hidap Kanser Setiap Tahun

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan yang paling ramai mengalami penyakit tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 4,753 adalah wanita Melayu diikuti wanita Cina seramai 4,422 orang, manakala kaum lelaki Cina lebih ramai menghidap kanser iaitu 4,078 orang berbanding lelaki Melayu seramai 4,058 orang.

“Dianggarkan satu daripada empat orang rakyat Malaysia akan mengalami penyakit kanser pada usia 75 tahun dan antara sebab ia berlaku adalah kerana peningkatan populasi dan jangkauan usia yang lebih lama.

“Dijangkakan, pada 2020 jumlah pesakit kanser di Malaysia akan meningkat 15 peratus dan ia terdiri daripada warga emas,” katanya selepas pelancaran kempen kesedaran Kanser Usus Besar bersama komuniti PPR Desa Tun Razak, hari ini.

Beliau berkata lima kanser utama yang menyerang rakyat di negara ini adalah kanser payudara iaitu 14.5 peratus, kanser usus 12.1 peratus, kanser paru-paru 11.8 peratus, kanser pangkal rahim 5.7 peratus dan kanser kerongkong 5.4 peratus.


Dr Hilmi berkata sejumlah 2,246 kes kanser usus dilaporkan sebelum ini yang menjadi kanser kedua tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata kanser adalah punca kematian yang keempat iaitu 13.02 peratus di hospital kerajaan pada 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori