Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

8 Mayat Rohingya Ditemui...

DHAKA - Sekurang-kurangnya lapan mayat Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Rakhine...

Kasih Dan Lembu ‘Bagai...

REMBAU - Di kala kanak-kanak seusianya leka menonton rancangan kartun di televisyen, mahupun permainan...

Pesta Lalok Dan Seks...

Klang - Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta...

12,434 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian Covid-19 meningkat kepada 12,434 kes hari ini...

100 Pelajar Sekolah Menengah Terima Biasiswa MAIPK

IPOH – Sebanyak 100 pelajar sekolah menengah di Perak, hari ini menerima skim biasiswa pelajaran Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM100,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr Amiruddin Muhamed berkata dana RM100,000 itu merupakan hasil kutipan zakat yang berjumlah RM117 juta pada tahun lepas.

“Jumlah pelajar yang menerima skim biasiswa pada tahun ini merupakan yang paling ramai berbanding 38 orang pada tahun lepas.

“100 pelajar sekolah menengah bermula tingkatan satu hingga tamat tingkatan lima menerima biasiswa ini memperoleh sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Biasiswa Bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata skim biasiswa berkenaan telah membantu sebanyak 257 pelajar sejak 2012 dan sebanyak RM257,000 telah disalurkan kepada pelajar yang terpilih.

Amiruddin berkata objektif skim penajaan biasiswa tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna di samping memberi motivasi kepada pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran.


“Pihak MAIPk juga akan memantau prestasi pelajar melalui bantuan Jabatan Pendidikan untuk melihat laporan pedidikan setiap pelajar yang telah menerima biasiswa ini,” katanya sambil menambah pihaknya menerima 320 permohonan pada tahun ini dan kesemuanya telah melalui proses saringan dan temu duga.

Sementara itu, bagi Nur Fasihah Muhammad Khairul Huda, 13, beliau berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada penerima skim biasiswa berkenaan.

Bapanya, Mohamad Khairul Huda, 39, berkata skim biasiswa yang diperoleh anak perempuannya itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban beliau sebagai ketua keluarga yang hanya memperoleh pendapatan RM800 sebulan.

“Saya hanya bekerja sendiri dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah dan menternak ayam dan situasi ini agak menyukarkan saya untuk menanggung anak-anak yang semakin membesar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori