Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buang Bayi Di Dalam...

India – Seorang bayi kini berada dalam keadaan kritikal selepas dia `dimakan’ hidup...

Sekolah Robot Ternama Jepun...

CANGGIH... Human Holdings Co Ltd, pengendali sekolah robotik antara yang terbesar di Jepun,...

“Bersatulah Menentang Musuh Bersama”

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta...

92 Peratus Kes Hospital...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan 92 peratus daripada 57,355 kes tertunggak yang...

10 Tips Susun Atur Beg Tangan Agar Tak Serabut

KEBANYAKAN kita pasti pernah mengalami situasi tercari-cari telefon bimbit di celah-celah beg tangan yang banyak dipenuhi ‘sampah-sarap’ antaranya resit dan tisu yang sudah digunakan.

Di sini merupakan tip-tip yang anda boleh aplikasikan agar beg tanganmu sentiasa dalam keadaan rapi dan teratur.

Selamat mencuba!

1. Setiap kali membeli beg tangan, pastikan ia ada poket kecil untk kamu simpan telefon bimbit. Bila tengah kelam-kebat, mudahlah kamu capai telefon bimbit kamu itu.

2. Kebanyakan linen di bahagian dalam beg tangan direka dengan warna gelap untuk elakkannya mudah kotor. Namun sebenarnya, linen warna cerah boleh memudahkan kamu cari barang dalam beg tangan.

3. Wayar earphone atau charger buat beg tangan kamu nampak tidak terurus. Gunakan charger organizer beg untuk simpan segala jenis wayar yang kamu ada. Barulah tak serabut.

4. Simpan kunci rumah dan kereta dalam key wallet.

5. Downsize gajet yang diperlukan. Dari usung laptop mini ke mana saja kamu pergi, baik guna Ipad saja.


6. Bawa alat solek yang kamu perlu saja untuk touch up solekan. Pakailah alat solek 2 in 1, contohnya gincu yang boleh dipakai sebagai blusher.

7. Simpan resit dalam satu beg khas atau dompet khas. Lebih teratur dan memudahkan kamu bila nak buat claim nanti.

8. Gunakan dompet kecil untuk simpan duit syiling. Barulah tak berterabur duit syiling dalam beg tanganmu.

9. Tukar botol losyen ke saiz travel bottle. Saiznya lebih kecil dan mudah dibawa serta berikan lebih banyak ruang dalam beg tangan.

10. Tak perlu lagi anda membawa buku nota bersaiz besar kerana kini semuanya sudah boleh disimpan menerusi telefon pintar masing-masing sekali gus menjimatkan ruang dalam beg tangan. Mudah kan? – MYNEWSHUB.CC

Sumber:  Cosmpolitan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori