Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: “Nak Duit? Cukup...

INDIVIDU yang hina seorang pemandu teksi di Singapura dengan mengatakan dia sebagai chao...

Waytha Moorthy Ucap Terima...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berterima kasih kepada...

Ahmad Bashah Bersemangat Untuk...

PENDANG - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kini...

MH17: MAS, MAB Diperintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Malaysian Airline System Berhad (MAS)...

10 Maut Helikopter Tentera Colombia Terhempas

BOGOTA – Seramai 10 orang disahkan maut apabila sebuah helikopter milik pasukan tentera Colombia terhempas berhampiran pekan Segovia di utara wilayah Antioquia, semalam.

Helikopter MI-17 buatan Russia yang membawa lapan pegawai tentera dan dua orang awam itu terhempas pagi semalam ketika dalam penerbangan dari pekan Caucasia untuk tugasan memeriksa stor simpanan bekalan minyak tanah milik tentera.

Ketua bahagian penerbangan tentera, Jeneral Vicente Trujili berkata, punca nahas masih dalam siasatan, namun menolak andaian ia diakibatkan oleh serangan pengganas.

Kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Nasional (FLN) baru-baru ini kembali bergiat aktif di kawasan berkenaan selepas mengakhiri tempoh gencatan senjata bersama kerajaan.

Kerajaan Colombia berjaya memeterai perjanjian damai bersama kumpulan pemberontak Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) sekali gus mengakhiri perang saudara selama lima tahun namun FLN dan kumpulan jenayah lain kekal aktif.


Jeneral Trujillo berkata, usaha sedang dilakukan untuk membawa keluar semua mayat mangsa. – Reuters/BH ONLINE

Kategori