Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanada Negara Pertama Letak...

OTTAWA: Kanada bakal menjadi negara pertama di dunia yang meletakkan notis amaran pada...

Bas ‘Lama’ Juga Perlu...

KUALA LUMPUR - Pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) perlu diwajibkan ke atas semua...

Kafe Layan Pelanggan Umpama...

SEBUAH kafe di Jepun menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggannya iaitu Ore No...

Bekas Pembantu Anwar Ibrahim,...

PETALING JAYA : Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Presiden...

10% Koperasi Di Terengganu Tidak Aktif

HULU TERENGGANU – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu mendapati 10 peratus daripada 607 koperasi yang berdaftar di negeri ini tidak bergiat aktif.

Timbalan Pengarah SKM Terengganu Mohd Azmy Deris berkata pihaknya menggalakkan koperasi yang tidak aktif supaya kembali melakukan aktiviti yang dapat memberi pulangan dividen kepada ahlinya.

Katanya koperasi di Terengganu terdiri daripada koperasi sekolah, koperasi komuniti, koperasi keluarga serta koperasi pusat pengajian tinggi dan 146 daripada 607 buah itu adalah koperasi sekolah menengah yang sangat aktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Kembara Remaja Berkoperasi ‘Find, Go and Run’ yang dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.


Sementara itu, Jailani yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Daerah Hulu Terengganu, berkata program anjuran koperasi berkenaan bertujuan menggalakkan pelajar mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan menyertai koperasi dan peranan koperasi.

“Hari ini kira-kira 70 pelajar dari 13 buah sekolah di daerah ini menyertai program berbentuk explorace ini yang mana mereka perlu menjawab soalan berkaitan koperasi sebelum sampai ke garisan penamat.

“Di Hulu Terengganu, terdapat 50 koperasi yang berdaftar dan 16 daripadanya ialah koperasi peringkat sekolah menengah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori