Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rohingya Mengaku Raba...

MELAKA : Seorang lelaki Rohingya berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah...

Jamal Lelong Resort Di...

SHAH ALAM - Sekin Fishermen Village Hotel & Resort milik Ketua UMNO Bahagian...

JDT Kukuhkan Nilai Komersial...

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa...

Kereta Sport Rentung Bakal...

HOUSTAN (Amerika Syarikat) - Sebuah kereta sport bakal dilelong walaupun keadaannya sudah rentung...

10 Jalan Di KL Ditutup Mulai Selasa Sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR – Sepuluh jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 12.30 tengah malam, Selasa ini bagi memberi laluan perarakan ‘Pedati Perak’ sempena sambutan Thaipusam pada 31 Jan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata laluan terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

“Perarakan pergi pada Selasa akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui 10 jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata perarakan pulang pula bermula 4 petang Khamis (1 Feb) dan dijangka berakhir pagi keesokannya (2 Feb). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Perhentian, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

Beliau berkata laluan yang ditutup turut melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.


“Penutupan jalan yang berakhir Jumaat depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut,” katanya.

Orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan. – BERNAMA

Kategori