Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Media Diminta Elak Sebar...

KOTA KINABALU - Pengamal media diminta mengelak daripada menyebarkan berita berbaur perkauman serta...

Warga Emas Ditahan Sebabkan...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa Jabatan Hidupan Liar...

Enjian Carian Patuh Syariah...

BERSEJARAH... Salam Web Technologies MY Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan enjin carian pertama...

Bulan Gergasi Bergolek Gegarkan...

RAKAMAN video sebuah belon bulan gergasi bergolek di sebatang jalan raya di China...

TRW ‘Underdog’ Berjumpa JDT – Annuar

KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan menganggap pasukan itu dalam kategori `underdog’ sewaktu bertandang ke Stadium Larkin di Johor malam esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, ia kerana pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri.

“Kita tahu JDT adalah pasukan yang serba lengkap dan tidak pernah tewas di Larkin, manakala The Red Warriors (TRW) adalah pasukan yang sedang di bina daripada runtuhan dan dengan serba kekurangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar bagaimanapun berharap pemain Kelantan tidak akan mudah berputus asa dan bermain tanpa sebarang tekanan dengan menikmati perlawanan itu sebaik mungkin.


Malam esok bakal menyaksikan pertemuan antara Harimau Selatan dan TRW di Stadium Larkin bagi aksi Liga Super musim ini.

Kelantan bagaimanapun akan menampilkan dua penyerang import baharu iaitu Austin Amutu dan Gilmar De Filho dalam perlawanan tersebut. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori