Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Budak Sempat Naik Basikal...

Terkejut tatkala mendengar kisah berani daripada seorang budak lelaki 13 tahun yang berasal...

Tengku Amir Tidak Iktiraf...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin...

Pak Nil Interview Kim...

WAH, memang teruja tengok gambar-gambar yang dikongsikan Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali...

Kehidupan Bella Kini Lebih...

Kuala Lumpur : Selepas dua bulan kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down...

TMJ Hargai Kesetiaan Penyokong JDT

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin memahami kekecewaan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) ekoran kegagalan untuk mara dalam saingan Piala FA musim ini.

Lantaram itu baginda mengeluarkan satu kenyataan semalam bagi menyatakan penghargaan PBNJ kepada penyokong Harimau Selatan yang setia menyokong pasukan itu pada waktu kalah atau menang.

“Kepada semua rakyat Johor dan penyokong pasukan JDT di dalam dan luar negara serta di serata dunia. Tanpa kamu, kami bukanlah sesiapa, dengan kamu kami adalah sesuatu, dan bersama kita adalah segala-galanya,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Pahang pada 2 Mac lalu, JDT tumpas menerusi sepakan penentuan penalti 4-2 dalam pusingan kedua Piala FA 2015.

Perlawanan terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar permainan hingga memaksa perlawanan ditentukan menerui sepakan penalti.


Terdahulu, skuad Tok Gajah membuka jaringan menerusi hantaran Dickson Nwakaeme yang ditanduk masuk oleh Matias Conti pada minit ke-20, sebelum pemain tengah Harimau Selatan, Hariss Harun menyamakan kedudukan semasa 10 minit wisel penamat dibunyikan.

Pahang bakal berdepan dengan MISC-MIFA dalam pusingan ketiga Piala FA 2015 manakala saingan Harimau Selatan akan diteruskan oleh pasukan JDTII. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=r77m8ncl1Ew

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori