Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tak Ada Bangganya Berlagak...

TAK kiralah sama ada kagum dengan watak Al Pacino dalam Scarface atau Edward...

Al-Quran Hidup Melalui Ceramah...

"PEKERJA yang jujur tidak akan mencuri waktu pejabat untuk menjalankan kerja peribadi. Kalau tidak...

3 Lagi Rakyat Malaysia...

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan tiga lagi rakyat...

Mahkamah Tolak Permohonan Pekebun...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini pada hari ini menolak permohonan pendengaran kes...

Tiket JDT Vs Terengganu Di Stadium Larkin `Sold Out’

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan perlawanan peringkat suku akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu di Stadium Larkin telah habis dijual tengahari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers kira-kira pukul 12.50 tengahari ini.

Itu bermakna perlawanan tersebut akan menyaksikan Stadium Larkin dibanjiri lebih 30,000 penyokong termasuk kira-kira 100 penyokong Terengganu malam ini.

(FAM Jangan `Senget’ Isu Agihan Tiket JDT Vs Terengganu – KLIK)

“Untuk makluman para penyokong, tiket perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu 16 Oktober 2014 telah pun habis dijual.

“Ucapan terima kasih diucapkan kepada sekalian para pemegang tiket yang akan hadir ke perlawanan tersebut,” kata PBNJ.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebelum ini membantah pengagihan tiket perlawanan itu kerana mendakwa ia tidak adil.


Hal itu turut mengundang kemarahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman kerana beliau terlebih dahulu telah mengumumkan akan memberi sebanyak 2,000 tiket percuma kepada penyokong Terengganu.

PBNJ semalam bagaimanapun mengumumkan tidak berganjak dengan keputusannya memperuntukkan 100 tiket kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia itu malam ini.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya dipetik berkata, keputusan tersebut adalah muktamad dan 100 tiket merupakan jumlah yang biasa diberikan oleh mana-mana persatuan kepada penyokong lawan dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

FAM baru-baru ini menjelaskan pengagihan tiket perlawanan terserah kepada hak PBNJ selaku tuan rumah.

Untuk rekod JDT dalam beberapa perlawanan sepanjang tahun ini pernah menghadapi nasib serupa apabila penyokong Harimau Selatan hanya diberi peruntukan 100 tiket sewaktu bertandang ke tempat lawan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori