Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ini Baru Bajet! Berdiri...

BOGOTA - Mungkin pengguna pengangkutan awam biasa letih berdiri sesak dalam bas atau...

Warga Bangladesh Harun 2.0...

SEPANG - Seorang pengarah syarikat kontraktor warga Bangladesh hari ini dijatuhi hukuman penjara...

‘Snow Fish’ Beri Pulangan...

KEMAMAN - Para usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan makanan berasaskan ikan bakar...

Nasi Lemak Percuma Setiap...

UMAT Islam cukup sinonim dengan amalan bersedekah pada setiap hari Jumaat. Oleh itu,...

Tewas Kepada Indonesia, Jurulatih Singapura Letak Jawatan

SINGAPURA – Jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura, Aide Iskandar Sahak meletak jawatan selepas pasukan tersebut secara mengejut tewas 0-1 di tangan Indonesia di Stadium Jalan Besar malam Khamis.

Ini bermakna pasukan republik itu turut gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bagi acara bola sepak Sukan SEA ke-28 yang dianggap ‘ibu segala pingat emas’ dan masih lagi berlangsung sehingga minggu hadapan.

Impian tuan rumah meraih pingat emas yang pertama dalam bola sepak Sukan SEA di bumi sendiri juga terkubur ekoran kekalahan ini, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia awal Jumaat.

Pada sidang media rutin yang diadakan sejurus selepas perlawanan tamat, Aide berkata: “Saya sudah letak jawatan. Saya pun sudah beritahu para pemain. Mereka masih muda, mereka perlu teruskan perjuangan mereka.”

Menurut bekas pemain profesional Singapura era 1990-an itu dan kini berusia 40 tahun: “Sudah tiba masanya untuk saya luangkan masa bersama-sama dengan keluarga, mereka sudah terlalu lama menunggu saya.”

Bekas kapten pasukan republik itu sudah tiga kali menjulang trofi kejohanan serantau Piala AFF namun, Singapura tidak pernah langsung meraih pingat emas acara tersebut setiap kali temasya Sukan SEA diadakan.


Susulan pengumuman drastik Aide untuk meletak jawatan, Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura, Zainudin Nordin berharap beliau akan menarik balik keputusan itu demi kemajuan sukan republik tersebut.

“Saya faham kenapa Aide ambil keputusan itu. Saya harap selepas beberapa hari berehat, kita boleh bincang dengan Aide dan pujuk untuk ubah keputusannya itu,” kata Zainudin menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

“Tak kira apa sahaja prestasi pasukan negara, Aide yang pernah bermain dengan pasukan Johor pada 2006-2007 tetap seorang jurulatih yang baik. Beliau ada masa depan yang cerah.” ujar beliau. – Agensi/Mynewshub/H.A.A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori