Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Premis Makanan Dinasihat Henti...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kedai makan di kawasan bandar diminta supaya tidak menggajikan...

Perlis Rayu Zon Aliran...

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis merayu agar kerajaan pusat memberi pertimbangan untuk mewujudkan...

Hujah Kek Ekonomi Syed...

Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam lebih baik usah ulas...

Amaran Hujan Lebat Di...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat dijangka melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia mulai esok...

Terengganu Tamat Kontrak Penyerang Import Paulo Rangel

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini menamatkan kontrak penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel setelah mencapai persetujuan bersama.

Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman berkata masalah kecederaan adalah salah satu punca dan sebab persatuan itu menamatkan kontrak pemenang Kasut Emas 2014 itu.

“Kita telah mengadakan rundingan dengan Rangel dan bersetuju secara bersama tamat kontrak yang berbaki setahun lagi, mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas rundingan dengan Rangel bersama ejennya di sini.

Beliau berkata Rangel telah mengikat kontrak dengan PBSNT selama dua tahun (2014-2016) yang dibuat pada 1 Disember 2014.

Menurutnya kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu beraksi untuk Terengganu ialah ketika menentang Lions Xll dalam kempen Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura dan mendapat kecederaan dalam perlawanan tersebut baru-baru ini.

Arpin berkata dengan pelepasan tersebut, bermakna Rangel bebas mencari pasukan lain untuk masa depannya.


Beliau berkata PBSNT juga bersetuju memberikan tiket kapal terbang untuk Rangel pulang ke Brazil dan seterusnya mendapatkan rawatan di sana.

Menurut beliau kekuatan pasukan Terengganu sedikit sebanyak akan terjejas tanpa Rangel namun kekurangan itu akan digantikan dengan pemain tempatan yang sedia ada.

Beliau berkata PBSNT mungkin akan mencari pemain import baharu untuk menggantikan Rangel musim depan.

Ketika bersama Terengganu, Rangel menjaringkan sejumlah 16 gol dengan lapan daripada dalam saingan Liga Super, enam dalam kempen Piala FA dan dua dalam kempen Piala Malaysia 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori