Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Sindrom Down Ditinggal...

KECEWA dan sedih dengan anak yang dilahirkan mengalami masalah Sindrom Down, seorang wanita...

Dua Maut Kenderaan Bertembung...

SANDAKAN – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda...

Laporan SPRM: Hubungan Azmin-Wan...

PETALING JAYA - Tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat...

Gambar: Kilang Roti Benggali...

Loya dan amat menjijikkkan!!Itu gambaran tentang persekitaran sebuah kedai roti terkemuka yang terletak di...

Tengku Mahkota Pahang NAFI Ada Akaun Facebook!

KUANTAN – Satu laporan polis dibuat terhadap individu yang dikesan membuka tiga laman sosial Facebook menggunakan nama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Laporan dibuat Pegawai Khas kepada Tengku Mahkota Pahang, Abdul Rahim Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 9.55 pagi, semalam.

Abdul Rahim berkata, beliau telah meneliti laman Facebook itu dan mendapati satu akaun dibuka atas nama Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua akaun atas nama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurutnya, beliau tidak pasti pihak yang bertanggungjawab membuka dan menguruskan akaun itu namun dikesalkan apabila terdapat komen-komen yang sengaja memalukan Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang,” katanya.

“Hal ini amat serius kerana menjejaskan nama baik baginda berdua selain mencemarkan institusi Diraja Pahang.


“Saya telah dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang untuk buat laporan polis supaya perkara ini dapat disiasat dan pelakunya dapat dikesan untuk tindakan undang-undang” katanya.

Beliau berkata, Tengku Abdullah juga meminta supaya akaun palsu itu ditutup segera.

“Saya juga telah menghantar pesanan kepada semua pihak pengurusan akaun palsu itu supaya mereka segera memadam laman sosial palsu tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati laman sosial palsu itu tiada mengandungi unsur hasutan, bagaimanapun pihaknya sudah merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori