Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Kluster Covid-19 Baharu...

KUALA LUMPUR - Terdapat empat kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari...

Paderi Tampar Pipi Kanak-Kanak...

SEORANG paderi Perancis telah mencetuskan kemarahan ramai selepas dia menampar pipi dan memarahi...

Rumah Flinstone Sultan Johor…...

PERNAH menonton kartun animasi popular dari Amerika Syarikat berjudul The Flintstones? Kalau pernah,...

2,847 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Kes COVID-19 melebihi 2,000 kes pada sembilan hari berturut-turut apabila sebanyak...

Letak Jawatan: Tengku Abdullah Hormati Keputusan TMJ

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menghormati keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan sebagai penasihat persatuan berkenaan, baru-baru ini.

Tengku Abdullah, bagaimanapun berkata baginda sentiasa terbuka dan sedia menerima nasihat daripada semua pihak termasuk TMJ dalam usaha membangunkan bola sepak negara.

“Saya tidak nafi memang ada kelemahan sedikit sebanyak tapi kita sedang berusaha dan berharap untuk memperbaikinya…dan saya menghargai pandangan Tunku Mahkota (Johor) dan pandangan yang lain.

“Saya mengalu-alukan dan terima sesiapa sahaja yang hendak memberi pandangan. Bola sepak milik kita semua…bola sepak bukan hak saya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

TMJ melalui laman Facebook ‘Johor Southern Tigers’ pada Khamis lepas, mengumumkan untuk meletak jawatan selaku penasihat FAM.


TMJ yang dilantik sebagai penasihat badan induk bola sepak negara itu pada Oktober lepas oleh Tengku Abdullah, bertitah bahawa baginda tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

Sementara itu, Tengku Abdullah berkata bahawa baginda berpuas hati dengan peningkatan kesemua 24 pasukan negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Terdahulu, baginda menerima tajaan sebuah bas oleh Bank Rakyat kepada FAM yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori