Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peluang Iskandar Beraksi Di...

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini boleh...

Ringgit Tak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit mengekalkan kedudukan yang sama seperti semalam, berbanding dolar US...

Sekolah Perlu Lebih Terbuka...

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah digesa lebih...

Tiada Sebab Perlu Ikut...

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menegaskan pentadbiran kerajaan negeri Perak yang...

Piala FA: PKNS FC Gagal Bawa Bekalan Selesa

MELAKA – PKNS FC gagal membawa bekalan selesa ke pusingan kedua Piala FA apabila hanya mampu seri 2-2 dengan Perak dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.

PKNS melaungkan amaran awal apabila tandukan pemain import Argentina, Juan Manuel Cobelli ke gawang Perak pada minit ke-18 tidak disahkan pengadil Khairul Azuan Kidam kerana ofsid.

Tempo permainan agak perlahan serta penguasaan agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan gagal membuka jaringan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pada babak kedua, PKNS membuka jaringan pada minit ke-48 menerusi tendangan penalti oleh penyerang import Argentina, Gabriel Miguel Guerra.

Anak buah E. Ellavarasan diberikan sepakan penalti oleh pengadil setelah Cobelli dikasari pemain pertahanan Perak, Shahrul Mohd Saad di dalam kotak penalti.


Perak dibimbing Syamsul Mohd Saad berjaya menyamakan kedudukan 10 minit selepas itu apabila Muhammad Nurridzuan Hassan menanduk masuk gol untuk pasukan ‘The Bos Gaurus’ hasil sepakan sudut Muhammad Firdaus Saiyadi.

Guerra berjaya menjaringkan gol kedua buat PKNS pada minit ke-71 apabila bijak mengelecek tiga pemain Perak termasuk penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim.

Bagaimanapun, PKNS gagal mempertahankan kedudukan pendahulu apabila pemain pertahanan dari Brazil, Thiago Junio De Aquino menjaringkan gol penyamaan dramatik pada minit ke-92 dengan menanduk masuk bola hantaran lintang Mohamad Hafiz Ramdan.

PKNS dijadual berhadapan dengan Perak pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Ipoh, Perak pada 30 April ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori