Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Prasarana Minta Kadar Tambang...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)...

Pembayar Zakat Rasai Pengalaman...

KUALA KUBU BHARU - Bagi menghargai pembayar zakat negeri ini, Lembaga Zakat Selangor...

Tukang Urut Hadapi Pertuduhan...

KLUANG - Seorang wanita tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Eksklusif! Sharifah Khasif Ganti...

SELEPAS umat Islam seluruh dunia gempar dengan tindakan biadab pemerintah Singapura 'haram' dua...

Piala FA: Pemeriksaan Ketat Di Stadium Nasional Esok

KUALA LUMPUR – Tiga lapisan pencegahan akan dilaksanakan oleh pihak keselamatan terhadap penonton yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil di sini bagi menyaksikan final Piala FA 2015 antara Kelantan dan Lions XII, malam esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata selain pemeriksaan badan, tiket penonton akan diperiksa menerusi sistem ultra ungu dan pemeriksaan ke atas sesiap yang cuba membawa barang-barang larangan ke stadium.

Beliau berkata sesiapa yang cuba masuk dengan tiket palsu selepas dikesan menerusi sistem ultra ungu akan ditahan oleh polis untuk tindakan susulan.

“Lebih 2,000 anggota keselamatan akan bertugas di dalam dan luar stadium sebelum, semasa dan selepas perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan di stadium berkenaan, hari ini.

Beliau mengesahkan bahawa kesemua 80,000 tiket perlawanan akhir itu telah habis dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan, termasuk 3,000 tiket untuk kanak-kanak.

Afandi meminta penyokong kedua-dua pasukan supaya menjaga tingkah laku dengan memberi sokongan secara berhemah bagi membakar semangat pasukan dan bukan bersifat provokasi.


Dalam pada itu, XOX Mobile akan menaja sebuah trofi dan wang tunai RM10,000 untuk Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA.

Kelantan ,yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir, berdepan Terengganu, Sabtu lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori