Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JKM Salur RM3 Juta...

KEMAMAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Seluar Skinny Jeans Boleh...

PERHATIAN kepada penggemar fesyen serta pengikut trend industri fesyen terkini, seluar skinny jeans...

Wanita Diacu Parang Dalam...

KUANTAN - Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki...

Ruth Sahanaya Terbit Album...

JAKARTA - Penyanyi terkemuka Indonesia yang malar segar dengan lagu Kaulah Segalanya, iaitu...

Pemain Sepak Takraw Malaysia Masih Kritikal

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pemain sepak takraw kebangsaan, Mohd Syazreen Qamar Salehan, 21, yang disyaki mengidap penyakit kencing tikus masih berada dalam keadaan kritikal.

Justeru, beliau berharap rakyat Malaysia mendoakan kesihatan pemain kebangsaan tersebut yang masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

“Doakan kesihatan Deqma (Syazreen Qamar Salehan), pemain takraw kebangsaan, bertambah pulih. Beliau sekarang sedang dirawat di ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki terkena jangkitan leptospirosis. Keadaan beliau masih kritikal. Syafakallah,” katanya melalui akaun Facebook beliau hari ini.

Pada Sabtu lalu, pemain apit kiri kebangsaan itu dimasukkan ke HTJ selepas mengalami demam panas.


Presiden Persatuan Alumni Sepak Takraw Negara, Rommi Suhandra Norsal dipetik berkata, Mohd Syazreen demam pada Khamis lalu ketika menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Dia kemudian diberi pelepasan untuk pulang ke rumah di Taman Desa Exora Senawang, selepas mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik MSN berkenaan sebelum keadaannya menjadi semakin serius dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan tidak sedar.

Mohd Syazreen Qamar antara pemain yang mewakili negara pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan Oktober lalu dan terbaru beraksi di Kejohanan Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2014 di Nay Pyi Taw, Myanmar, November lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori