Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kakak Dakwa Doktor Cuai...

ALANGKAH hancurnya hati apabila bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan meninggal dunia disebabkan...

Mangsa Lemas Di Hulu...

KUALA SELANGOR - Abdul Halim Samian, 44; imam surau yang mati lemas ketika...

Cacar Monyet Bukan Penyakit...

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jangkitan virus cacar monyet yang...

Perhilitan Jejak Gajah Sebabkan...

Kuantan : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang memulakan operasi...

Pasang Logo Penaja Liga Di Kot FAM! – TMJ

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menyelar rancangan Football Malaysia LLP mahu menetapkan logo Liga Super dan logo penaja Liga Super diletakkan di jersi setiap pasukan yang bertanding.

Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, rancangan yang mahu dilaksanakan pada musim depan itu tidak berbaloi dengan penajaan RM1 juta yang disalurkan oleh penaja liga.

“Memadailah disatukan sahaja logo tersebut bagi memberi ruang di jersi kami yang sememangnya hak kami.

“Sebagai kelab, kita mestilah mengutamakan penaja kelab yang menyumbang kepada pembangunan kelab,” titah baginda dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.


Tunku Ismail turut menegur penajaan RM1 juta yang disalurkan oleh penaja Liga Super tidak seberapa berbanding sumber berpuluh kali ganda diperoleh Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada penaja-penajanya untuk rancangan itu dilaksanakan.

“Kalau hendak meletakkan juga pelbagai logo secara berasingan, bolehlah diletakkan sebanyak mungkin di kot-kot pegawai Football Malaysia LLP dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” titah baginda. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori