Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Pasukan Pahang, JDT

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berentap pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Kedua-dua pasukan itu bakal beraksi pada 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Najib turut berharap agar kedua-dua pasukan akan bersaing dengan penuh semangat kesukanan.

“Selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan yang akan berentap untuk Piala Malaysia esok.

“Bersainglah dengan penuh semangat kesukanan,” kata Najib menerusi entri dalam laman Facebook beliau hari ini.

Pahang mara ke final setelah menewaskan Kedah dengan agregat 6-3 manakala JDT menewaskan Felda dengan agregat 6-5.- BERNAMA

Loading...