Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pekan Linggi Dilanda Banjir...

SEREMBAN: Pekan Linggi yang kali terakhir dilanda banjir buruk lima dekad lepas kembali...

Malaysia Jumpa Vietnam Di...

PETALING JAYA - Pasukan Malaysia berdepan dengan Vietnam di pentas akhir Piala AFF...

Banjir: 3 Sekolah Masih...

PITAS - Tiga daripada 11 sekolah yang ditutup di sini hari ini, masih...

TPM Sedia RM1 Juta...

KUALA LUMPUR - Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM) akan memperuntukkan RM1...

Lima Penyokong Bola Sepak Tampil Beri Keterangan

SHAH ALAM – Lima daripada 15 penyokong bola sepak yang dicari berhubung insiden penyokong Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam Ahad lepas, tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada kelima-lima lelaki itu dan mereka dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan.

“Kesemua individu yang dicari itu bukan suspek dalam insiden tersebut sebaliknya pihak kami mencari mereka bagi membantu siasatan segera dan mencari dalang yang bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, lima lelaki berkenaan tampil memberi keterangan masing-masing di balai polis Johor, Gombak, Cheras, Pudu dan Shah Alam.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan tersebut, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.


Sehubungan itu, Mohd Adnan meminta baki 10 lagi lelaki yang dicari untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870 atau pegawai penyiasat ASP Chang Sing Kong di talian 016-7723336.

“Siasatan polis mempunyai banyak proses dan sekarang kami berada di peringkat memohon kerjasama mereka yang dicari untuk tampil membantu siasatan dan sekiranya masih tiada tindakan, kami akan menggunakan strategi yang seterusnya,” katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori