Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Penjualan Nombor...

PUTRAJAYA - Tiada sebarang penjualan nombor pendaftaran khas akan dibenarkan selepas 31 Disember...

Selangor Dapat Tangguh Sementara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor...

Malaysia Tak Terancam Kehadiran...

VLADIVOSTOK - Malaysia tidak berasa terancam terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS) menempatkan peluru...

Aktiviti Kesiapsiagaan Diperkukuh Elak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sentiasa memperkukuh pelbagai aktiviti kesiapsiagaan serta respons bagi...

Lebih Baik Tak Payah Swastakan Liga Malaysia – TMJ

KUALA LUMPUR – “Kalau hendak swastakan liga tetapi pasukan-pasukan yang bertanding berterusan ‘dirompak’ lebih baik tak payah.”

Demikian penegasan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai usaha penswastaan Liga Malaysia yang sedang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Titah baginda, Malaysia masih belum boleh menswastakan liga bola sepak jika sehingga 40 peratus hasil penyiaran dibolot FAM.

“Mengapa perlu sehingga 40 peratus hasil yang berjumlah lebih kurang RM30 juta sedangkan liga diuruskan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP)?

“Bila saya bertanyakan kepada FAM, jawapannya kerana FAM telah menjual hak penyiaran liga. Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan hak penyiaran dan liga milik ahli gabungan, bukan hak FAM,” titah baginda dalam satu kenyataan media hari ini.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) turut memandang sinis desas-desus kononnya hartawan Arab atau China berhasrat membeli kelab bola sepak di Malaysia.

Titah baginda, tiada ahli perniagaan ingin melabur dalam kelab bola sepak yang tidak menguntungkan.

“Nak diharapkan jualan tiket dan ‘merchandise’ yang tak seberapa? Jersi kita pun hanya dijual dalam negeri dan bukannya di pasaran antarabangsa.


“Tiada sesiapa yang akan buat ‘kerja gila’ membuang duit seperti itu melainkan kasino,” titah baginda.

Baginda bagaimanapun percaya ada syarikat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan membeli dan menguruskan pasukan bola sepak Malaysia pada masa akan datang.

Namun, Tunku Ismail bertitah, baginda percaya syarikat terbabit akan berdepan kesukaran jika tidak menerima hasil penyiaran yang sepatutnya.

Titah baginda, hanya pasukan kaya boleh diswastakan seperti Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor sedangkan pasukan lain termasuk JDT akan menghadapi masalah jika model penswastaan yang dicadangkan dilaksanakan.

Justeru, baginda mengkritik laporan laman-laman sukan yang sering terlepas pandang mengenai fakta tersebut dan secara tidak langsung memberikan harapan palsu kepada penyokong bola sepak tanah air mengenai perkara tersebut.

“Jadi, berpijaklah di bumi yang nyata dan bukannya dalam dunia khayalan. Bercakaplah berlandaskan fakta, dan bukannya emosi atau kepentingan peribadi. Menipu rakyat ibarat merompak rakyat,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori