Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selepas Gelar Lanun, Mahathir...

SEMAKIN BIADAB... Nampaknya tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara jelas tidak serik...

Dua Lagi Mayat Anak...

JOHOR BAHRU - Dua lagi mayat mangsa kapal korek yang karam di 8.6...

Kartel PDRM: Hamid Bador...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebulat suara mendapati bekas Ketua Polis...

Zain Saidin Berusaha Pujuk...

ALHAMDULLILAH... tumpang gembira kami melihat kebahagian pasangan selebriti popular, Zain Saidin dan Rozita...

Larian ‘Allianz Pacer Run 2015’ Sasar 4,000 Peserta

KUALA LUMPUR – Syarikat pegangan pelaburan dalam industri insurans, Allianz Malaysia, menyasarkan 4,000 peserta pada larian sulung, ‘Allianz Pacer Run 2015’, di Dataran Putrajaya, 6 Dis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata pendaftaran akan dibuka esok sehingga 9 Ogos ini atau sehingga sasaran bilangan peserta dicapai.

Pada majlis pelancaran di sini hari ini, beliau berkata idea acara larian itu tercetus daripada program larian komuniti yang diperkenalkan pada Oktober 2013 yang merangkumi acara larian santai, klinik bimbingan dan aktiviti lain.

“Selepas dua tahun, kami memberanikan diri untuk menganjurkan acara besar ini bagi memberi inspirasi kepada lebih banyak orang untuk menyertai acara larian,” katanya.

Pendaftaran untuk acara itu boleh dilakukan menerusi laman Facebook di alamat hooha.asia atau ‘AllianzPacer’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori