Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu

BALIK PULAU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

GASAK Wakil Anak Muda,...

KUALA LUMPUR: Gabungan Siswa Kebangsaan (GASAK) mewakili suara anak-anak muda di universiti awam...

Lelaki Kejam Hempuk Budak...

BEIJING – Seorang lelaki yang berhati kejam kerana membunuh seorang kanak-kanak perempuan dengan...

579 Aduan Pencatutan Berkaitan...

KUCHING - Sebanyak 579 aduan pencatutan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diterima...

Kejutan Terbaik! Bila Pengemis Bertukar Jadi Bintang Bola Sepak

BINTANG bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.

Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan memakai jambang palsu serta berambut panjang.

Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun mengenali dirinya.

Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya.

Kehadiran Ronaldo disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.

Cristiano Ronaldo


Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian.

Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang bergambar dan Ronaldo jugadikatakan begitu sabar melayan karenah mereka.

Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan gemar memberikan kejutan kepada peminatnya. –astrogempak.com.my

https://www.youtube.com/watch?v=e8E2dLRvDPo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori