Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Boko Haram Setuju Gencatan...

ABUJA - Tentera dan Pejabat Presiden Nigeria menyatakan mereka sudah mencapai persetujuan dengan...

Tarantula Kereta Perisai Pertama...

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya Malaysia memiliki kereta perisai pertama buatan tempatan,...

Dua Dikhuatiri Lemas Di...

SARIKEI - Seorang lelaki turut sama lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja di...

Padah Sebut Nenek Rasis:...

GEORGE TOWN - Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan merana! Itulah bidalan...

Kedah Beri Imbuhan Kepada Faiz Subri – Menteri Besar

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan memberi imbuhan kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, pada Isnin lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bagaimanapun berkata jumlah imbuhan tersebut tidak akan diumumkan pada masa ini, dan akan diberikan secara sekali gus kepada pemain kelahiran Kedah itu.

“Kita akan bagi imbuhan secara ‘one-off’ dan jumlah tak boleh sebut lagi, tunggulah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cermin Mata “Dari Mata Turun Ke Hati” anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini .

Pada majlis itu, 500 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih menjalani pemeriksaan dan menerima cermin mata secara percuma bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif Strategi dan Komunikasi BSN, Kameel Abdul Halim.


Ahmad Bashah berkata kejayaan Mohd Faiz itu patut dibanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana bukan senang untuk mendapat pengiktirafan di peringkat dunia, dan pertama buat negara.

Selain imbuhan daripada kerajaan negeri, Mohd Faiz juga bakal menjadi penerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai (ASK) sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang akan disambut Ahad ini.

Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Feb tahun lepas. – BERNAMA

Kategori