Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shahrom Lepasi Jarak Dua...

KUALA LUMPUR - Penjelajah tunggal negara, Shahrom Abdullah sudah melepasi jarak dua pertiga...

Maszlee Bakal Calon MB...

JOHOR BAHRU : Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah disebut-sebut sebagai antara nama...

Kini Anda Boleh Merasai...

SEBELUM melawat ke sebuah tempat, biasa kita akan melakukan carian Google tentang keadaan...

19,266 Calon UPKK 2022...

PUTRAJAYA: Seramai 19,266 daripada 234,931 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)...

KAFA Terus Berteka-Teki Kedudukan Boateng

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus berteka-teki berhubung kedudukan George Boateng sebagai jurulatih The Red Warriors (TRW).

Khabar angin mengenai jawatan jurulatih itu akan diambil alih Mohd. Azraai Khor Abdullah bertiup kencang, tetapi pengurusan Kafa tetap enggan mengesahkannya.

“Setiap kali ada masalah ia mengerah segala kekuatan akal dan minda. Yang pasti jangan kita terburu buru. Banyak mendengar daripada berkata-kata.

“Malam ini tamat siri ke-5. Esok 4 siri lagi. Mendengar. ramai yg menelefon saya jawab `no comment for now’ kerana tak penting dengan daripada saya. Biar saya dengan daripada semua dahulu,” kata Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan hari ini.


Banyak media melaporkan nasib Boateng di Kelantan ‘bagaikan telur di hujung tanduk’ kerana Kafa didakwa sedang mencari muka baharu bagi menggantikan jurulatih dari Belanda itu ekoran prestasi hambar yang dipamerkan sepanjang saingan Liga Super setakat ini.

Spekulasi itu berikutan pengendali berusia 39 tahun tersebut direhatkan buat seketika daripada mengendalikan pasukan TRW walaupun Kelantan bakal berdepan dengan Kuala Lumpur dalam pusi­ngan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV dan tugas tersebut kini dipangku oleh penolong jurulatih Mohd. Nafuzi Zain. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori