Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hampir Hilang Kaki Akibat...

LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun hampir hilang kaki selepas tersepit...

Budi Bicara Agong Dengar...

KUALA LUMPUR - Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, Yang di-Pertuan Agong tidak...

Sukan Olimpik Musim Sejuk...

BEIJING : Upacara Sukan Olimpik Musim Sejuk di China ditutup secara rasmi oleh...

Prestasi Pengurusan Kewangan Agensi...

KUALA LUMPUR - Prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2015 adalah lebih baik...

Jurulatih Penjaga Gol P Pinang Cedera, Bas Dibaling Batu

ALOR SETAR – Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep cedera selepas bas yang membawa skuad negeri itu dibaling batu tidak lama selepas meninggalkan Stadium Darul Aman di sini Sabtu malam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar, jurulatih itu cedera di lengan akibat terkena serpihan kaca selepas bas berkenaan dilempar dengan sembilan batu.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam di Lebuhraya Darul Aman apabila empat batu yang dilempar terkena cermin bahagian hadapan bas manakala lima lagi terkena badan bas,” katanya ketika dihubungi.

Insiden berlaku sejurus bas skuad negeri itu meninggalkan stadium selepas perlawanan Liga Super menentang tuan rumah, Kedah yang berkesudahan seri 2-2.

Ia dikatakan berlaku ketika bas menghampiri Taman Tunku Habsah, kira-kira satu kilometer dari stadium itu.


Katanya laporan polis berkenaan insiden tersebut telah dibuat dan pihaknya kini sedang mengenal pasti kumpulan individu yang melakukan perbuatan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori