Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Berpotensi Hab Edaran...

HONG KONG – Malaysia berpotensi besar menjadi hab untuk mengedar barangan dan produk...

Syed Saddiq Jangan Ambil...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu...

Rosak Hubungan Dengan Allah,...

BINTANG remaja Bollywood, Zaira Wasim mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjayanya...

Pelajar Tingkatan 1 Cedera...

DUNGUN - Seorang pelajar lelaki cedera di bahagian muka selepas ditumbuk dan disepak...

Isu Doping: Bukan Masanya Tuding Jari Mana-Mana Pihak

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan sekarang bukan masanya untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam isu doping melibatkan ikon sukan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sebaliknya, beliau berkata semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dalam mengumpul maklumat bagi pembelaan jaguh badminton negara itu di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas ini.

“Saya tidak tahu nak kata kelalaian siapa sebab sekarang, saya bukan dalam kaedah mencari kesilapan. Saya sebagai menteri dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), kami sedang menyediakan kes terbaik untuk atlet berkenaan.

“Selepas selesai proses panel pendengaran, baru kita tengok sekiranya ada  kelalaian, kelemahan dan kepincangan. Sekarang bukan masanya menyalahkan sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian persefahaman  antara Kementerian Belia dan Sukan dengan industri-industri di sini hari ini.

Perjanjian yang membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)  menjalani latihan berdasarkan bidang pengajian mereka itu, melibatkan syarikat AEON Co (M) Berhad, Samsung SDI Energy, Tune Hotel dan Tan Chong Group.

Sehingga kini, BWF belum mengumumkan nama pemain badminton negara yang didapati positif dalam sampel B ujian doping pada Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’.

Namun semalam, Chong Wei menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.


Pemain nombor satu dunia itu berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukuman terhadapnya.

Isu doping yang dikaitkan dengan jaguh badminton negara itu semakin tegang apabila terdapat pihak cuba meletakkan kesalahan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

Dr Ramlan menerusi laman sosial Facebook miliknya mengeluarkan kenyataan dengan menggesa pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF membuat keputusan kes tersebut.

Dr Ramlan juga meminta pihak terbabit tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh atlet berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau tidak melindungi mana-mana pihak dalam isu berkenaan, sambil menggesa semua yang terlibat memberi tumpuan dalam menyediakan maklumat terbaik bagi proses pendengaran BWF itu.

“Saya tidak membuat apa-apa perlindungan (terhadap sesiapa)…akan sampai masanya untuk kita buat siasatan lanjut dan siapa yang bertanggungjawab…(sekarang) belum tiba masanya lagi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori