Import Baharu JDT Rodríguez Tiba Di Johor

KUALA LUMPUR – Pemain import baharu Harimau Selatan, Patricio Julián Rodríguez tiba di Johor semalam bagi menggantikan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz yang dibeli oleh kelab di Brazil.

Pemain berusia 24 tahun yang pernah beraksi bersama bintang sensasi Brazil, Neymar itu akan menyertai pemain lain Harimau Selatan di padang apabila jendela perpindahan pemain dibuka April nanti.

Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan, Rodríguez akan mula menjalani latihan dibawah kendalian Bojan Hodak bersama para pemain pasukan JDT yang lain.

“Pemain yang pernah beraksi bersama Neymar ini berkata bahawa beliau tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan JDT.

“Corak permainan dan skil yang dimiliki oleh Rodríguez pastinya merupakan aset berharga untuk pasukan JDT kembali ke landasan sebenar selaku penyandang Juara Liga Super 2014,” lapor laman Facebook itu hari ini.

JDT sebelum ini mengumukan berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah Santos itu memandangkan penyerang hebatnya, Diaz dibeli oleh sebuah kelab di Brazil. – mynewshub.cc

Loading...