Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditipu RM4,950 Oleh...

MIRI - Seorang wanita di sini kerugian RM4,950 pada Isnin lepas apabila ditipu...

Kebolehpasaran Graduan IKBN Kini...

REMBAU - Kebolehpasaran graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah meningkat kepada 90...

Pegawai Perbadanan Putrajaya Didakwa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendakwa seorang pegawai kanan...

Azwan Ali Tentang Abangnya...

KUALA LUMPUR - Suasana penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa...

Hari Sukan Negara Bukan Sekadar Mencari Bintang Sukan – KJ

SHAH ALAM – Sambutan Hari Sukan Negara bukan sekadar mencari bintang sukan untuk masa hadapan tetapi untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup bersukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata hanya 40 peratus rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti kecergasan berbanding negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang sudah mencapai 70 peratus.

Menurut beliau, sekiranya lebih ramai rakyat khusus golongan muda terlibat dalam sukan lebih mudah untuk mencari bintang di masa hadapan.

“Saya sudah bosan melihat pasukan bola sepak kita kalah 10-0…Saya sudah bosan kerana sudah sekian lama kita tidak menang pingat emas di Sukan Olimpik.

“Di manakah nak cari pengganti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan,” katanya ketika berucap di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Hari Sukan Negara (HSN).

Hari Sukan Negara yang disertai kira-kira 20,000 orang itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Khairy berkata lebih 17,000 acara sukan diadakan secara serentak di seluruh negara yang telah ditetapkan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

“Kita jangka lebih empat juta rakyat Malaysia menyertai Hari Sukan Negara di seluruh negara hari ini,” katanya.

Hari Sukan Negara diumumkan oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lepas.

Najib dan Khairy turut menyertai para peserta dalam acara ‘Fun Walk’ sejauh dua kilometer. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori