Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Di Sekolah Lagi Guru...

BUKIT MERTAJAM - "Awak akan menjadi seorang ahli politik," kata-kata dari Guru Besar...

Tahap Kesedaran Rakyat Isu...

MELAKA - Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia masih...

Jawatankuasa Khas Runding Isu...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jawatankuasa Khas diketuai...

3,010 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit kepada 3,010 kes hari ini, menjadikan...

Gomez Yakin JDT Bangkit Di Hong Kong

KUALA LUMPUR – Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez meletak kepercayaan ke atas anak buahnya untuk bangkit dalam perlawanan kedua suku akhir Piala AFC pada 15 September ini.

Katanya, beliau percaya pasukan pasukan bimbingannya itu mampu memenangi perlawanan ke atas pasukan South China meskipun bertandang di Stadium Mong Kok, Hong Kong.

“Saya yakin pasukan JDT mampu bangkit dalam perlawanan kedua,” katanya seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Gomez dalam pada itu berpuas hati dengan prestasi Leandro Velazquez yang beraksi untuk JDT dalam perlawanan di Stadium Larkin baru-baru ini.

Menurut beliau, Leandro mempamerkan aksi yang baik pada babak pertama namun masih belum mendapat keserasian dengan corak permainan rakan sepasukan.


Katanya, pemain itu yang baru dua bulan menyertai pasukan utama tidak beraksi pada perlawanan kompetitif sebaliknya hanya menjalani latihan untuk persiapan Piala AFC.

JDT hanya mampu seri 1-1 dengan kelab Hong Kong, South China dalam aksi pertama suku akhir Piala AFC yang berlangsung di Stadium Larkin. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori