Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Agong Belanja Ustaz Ebit...

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila Yang...

Usah Usik Institusi Diraja,...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini...

Peminat ‘Heart Attack’, Adele...

PENYANYI Adele yang mengadakan konsertnya di Sydney, Australia semalam terpaksa memberhentikan sebentar persembahannya,...

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih...

ANDA pasti mengingati kisah sang jejaka Hafiz Mahamad yang beraksi romantis menyewa sebuah...

Final AFC 2015: Sultan Johor Berangkat Ke Tajikistan

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Tajikistan bagi menyaksikan detik bersejarah perlawanan akhir Piala AFC 2015 Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab FC Istiklol di Stadium Central Republican, Dushanbe pada hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Harimau Selatan di sini, hari ini.

“Saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Ibrahim yang akan berangkat ke Tajikistan untuk menyaksikan detik yang amat bersejarah ini, terutama sekali bagi seluruh rakyat Johor,” titah Tunku Ismail.

Baginda dalam pada itu bertitah, kejayaan JDT memasuki perlawanan akhir Piala AFC adalah satu pencapaian yang hebat dan sangat mencabar.


“Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan para peminat dan penaja. Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada semua penyokong dan penaja,” titah baginda.

Pemain JDT dilaporkan akan berlepas awal ke Dushanbee untuk memastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi, menyesuaikan dengan cuaca sejuk di negara itu serta mencari keserasian bermain di padang rumput tiruan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori