Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Disyaki Rogol Anak...

Gerik : Petani ditahan polis, disyaki merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak perempuan...

Proton: Potensi Masa Depan...

SELEPAS Raya dan sebaik saja menandatangani perjanjian secara rasmi dengan Geely Automobile China,...

Najib Kutuk Serangan Di...

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan ke atas...

Timun, Cuka, Lemon &...

Hari ini kita nak kongsikan petua-petua mudah yang boleh di amalkan dalam urusan...

FAM Minta Penyokong Harimau Malaya Kawal Diri

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta penyokong Harimau Malaya menjaga tingkah laku dan tidak mencemarkan nama baik negara di mata dunia pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, Sabtu.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap tidak berlaku sebarang kekecohan membabitkan penyokong Malaysia dan Thailand pada perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

“Kita sedia maklum, ini satu perlawanan berprofil tinggi. Seluruh warga Asia akan menyaksikan final ini. Jadi saya harap rakyat Malaysia dapat menjaga nilai-nilai baik … saya tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Bagaimanapun, saya hargai sokongan penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberi sokongan padu. Semangat ini harus dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia,” kata Tengku Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM kali kedua penggal 2014-2018, di sini hari ini.


Tengku Abdullah berkata polis membuat segala persiapan keselamatan yang diperlukan bagi memastikan insiden pergaduhan seperti yang berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam tidak berulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori