Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bengang Dengan Penganjur TN50,...

RUMAH siap, pahat berbunyi - selepas kes produser David Teo ditampar oleh pelakon Mat...

173 Kes Baharu HIV...

KUANTAN - Sebanyak 173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang pada pada tahun...

Denggi: 1,307 Premis Positif...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenal pasti sebanyak 1,307 premis yang...

Harga Minyak Kekal, Tapi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Cristiano Ronaldo Dirakam ‘Kencing Bersepah’ Di Bahu Jalan

BINTANG bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sering digambarkan mempunyai personaliti yang mengagumkan seperti sopan santun dan pemurah.

Tapi malangnya, keperibadian dan ketampanan pemain bagi pasukan Real Madrid ini mungkin tercalar selepas fotonya melakukan aksi memalukan berjaya dirakam paparazi.

Semuanya gara-gara sikap tidak senonoh Cristiano yang selamba membuang air kecil secara sebarangan berhampiran sebuah kereta di bahu jalan.

Gambar aksi jejaka kacak itu sekali gus menjadi viral dan hangat diperkatakan di media sosial.

ronaldo1_yhxmvq PAY-Cristiano-Ronaldo-urinating-in-the-street-in-Saint-Tropez cristiano-ronaldo-confronted-police

Menurut Latin Times, ketika kejadian, Cristiano atau terkenal dengan gelaran CR7 dikatakan baru pulang selepas berparti di sebuah kelab di St Topez.


Menerusi foto yang dirakam, CR7 dilihat bersembunyi di sebalik sebuah kereta untuk membuang air kecil sambil diawasi seorang pegawal peribadi.

Selang beberapa saat kemudian, jejaka 30 tahun itu dilihat berjalan keluar diiringi beberapa orang polis dan pengawal peribadinya.

Dalam pada itu, gambar tersebut mencetuskan reaksi negatif ramai pengguna Internet yang menyifatkan tindakan CR7 sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak baik kerana sebelum ini pemain bola sepak ini sering dijadikan ikon terbaik kepada kanak-kanak dan remaja. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=p4jUZyV9tTM

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori