Chong Wei Mara Ke Pusingan Ke-3 Terbuka AS

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei melangkah ke pusingan ketiga Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat di Suffolk County Community College, Brentwood, Amerika Syarikat.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dengan mudah menumpaskan pemain Denmark, Rasmus Fladberg 21-13, 21-11 pada perlawanan yang mengambil masa 33 minit.

Pemain bukan pilihan berusia 32 tahun itu dijadual menentang pemain China Kai Guo, 21, yang menundukkan pemain Thailand Thammasin Sitthikom 21-17 dan 21-17.

Grand Prix Emas Terbuka Amerika Shyarikat merupakan penampilan pertama Chong Wei pada kejohanan terbuka dan cabaran antarabangsa ketiga selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping.

Baru-baru ini, Chong Wei menyertai dua acara berpasukan iaitu Piala Sudirman di Dongguan, China pada Mei dan Sukan SEA di Singapura.

Beliau memenangi semua perlawanan dengan bergaya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Xt0oUtS1M78

Loading...