Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Just how to Remove...

Likely the most crucial factor to stay in mind in writing essay assessments...

Darurat Batu Sapi Jalan...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi adalah langkah pencegahan terbaik...

Ancaman Bom, Lebih 1,000...

LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom...

Gaduh Di Restoran, 17...

JOHOR BAHRU - Seramai 17 individu termasuk lapan wanita warga tempatan dan Vietnam...

Chelsea Julang Kejuaraan Liga Perdana Inggeris

LONDON – Kapten Chelsea, John Terry menyifatkan kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi mengakhiri penderitaan selama lima tahun yang ditanggung kelab itu.

Chelsea mengesahkan kejuaraan keempat EPL dan kelima Liga Inggeris hasil kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Stamford Bridge. “Inilah sebab mengapa saya terus hidup,” kata Terry.

“Sudah lima tahun sejak kali terakhir kami memenanginya. “Kali pertama (pada 2005) adalah istimewa dan apabila kamu mengharungi empat atau lima tahun tanpanya, ia amat menyakitkan. Jadi saya amat menikmatinya hari ini,” katanya dalam temuramah bersama stesen televisyen, Sky Sports sejurus perlawanan.

Pemain sayap lincah, Eden Hazard muncul wira Chelsea dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan. Begitupun ia sedikit mencemaskan apabila sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Palace, Julian Speroni namun tindakan susulannya menyaksikan penalti itu tidak disia-siakan.

Kemenangan memberikan skuad bimbingan itu kelebihan 16 mata di depan pencabar terdekat, Manchester City dan Arsenal dengan kedua-duanya beraksi lebih lewat. Sekalipun kedua-duanya mencatat kemenangan, ia tidak mampu menggugat kedudukan Chelsea untuk menjulang kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2010 di bawah bimbingan Carlo Ancelotti.


“Ia perasaan yang menakjubkan,” kata Terry yang bersama-sama Chelsea menjuarai empat gelaran dengan tiga daripadanya bersama pengendali, Jose Mourinho. “Kami bekerja amat keras, jadi untuk mendapat keputusan ini adalah hebat. Ia agak mencemaskan. Mereka (Palace) adalah pasukan yang baik dan menjadikan ia lebih sukar.

“Kami berterima kasih kepada Eden yang mendapatkan tunggal perlawanan dan memenangi perlawanan,” katanya. Hazard yang baru-baru ini dinamakan pemenang anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional England berkata Chelsea memang layak bergelar juara. “Kami layak bergelar juara dan semua orang di Chelsea amat gembira hari ini.

“Jurulatih (Mourinho) banyak membantu saya supaya saya dapat memberikan permainan terbaik di atas padang iaitu perkara paling penting. “Saya tahu pasukan memerlukan saya dan pemain seperti saya. Saya berada di sini untuk menjaringkan gol dan musim ini, semua pemain menampilkan persembahan yang baik,” kata pemain kelahiran Belgium itu. – AFP

https://youtu.be/Rh_r7jWSFmM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori