Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siasatan Polis Ke Atas...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih...

Hina Sultan: NGO Kerabat...

KUANTAN - Badan Kebajikan Kerabat Pahang menyifatkan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz...

“Saya Rasa Terkilan Beri...

PEMERGIAN seniman legenda Tan Sri Jins Shamsuddin ke rahmatullah sememangnya merupakan satu kehilangan besar...

Air Empangan Terpaksa Dilepaskan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan air secara bertahap kerana...

Cardiff City Tawar Peluang Berlatih Kepada 4 Pemain Muda Kedah

ALOR SETAR – Cardiff City Football Club (CCFC), yang berpangkalan di Wales, mengumumkan tawaran latihan khas kepada dua pemain bawah 18 tahun dan dua pemain bawah 21 tahun dari Kedah untuk tempoh sebulan.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Pegawai Khas CCFC Ken Choo dalam satu sidang media di Cardiff City Stadium di Cardiff, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Aminuddin Omar yang juga Setiausaha Kehormat KFA dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim.

Mengulas tawaran daripada pihak CCFC itu, Mukhriz dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan CCFC di atas peluang keemasan itu.


Beliau berharap empat pemain yang akan dihantar berlatih di Cardiff awal Januari depan akan mendapat pendedahan kepada sistem dan disiplin latihan yang terbaik.

“Ia akan meningkatkan lagi kualiti permainan mereka bersama pasukan Piala Belia dan Piala Presiden nanti,” katanya. CCFC dimiliki ahli perniagaan dari Malaysia Tan Sri Vincent Tan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori